Wednesday, March 23, 2011

restart explorer.exe bagi menggantikan log-off


Sepertimana trick-trick didalam post iniOpen in New Windows dan iniOpen in New Windows, terdapat beberapa trick dan hack yang memerlukan anda log-off terlebih dahulu bagi mendapatkan effectnya, kali ini, eddytech akan menerangkan cara yang lebih cepat untuk mendapat kesan-kesan daripada trick-trick yang dilakukan. tidak perlu lagi anda logging-off, tidak perlu lagi anda tutup winamp,itunes anda untuk mendapat kesan khas daripada trick-trick yang memerlukan logging off.

trick kali ini, sekali lagi tidak memerlukan third party software untuk mendapatkan kesannya. cukup dengan menggunakan applikasi-applikasi yang ada didalam microsoft windows. akan tetapi, untuk mendapatkan cara yang lain, pihak kami tetap akan menyediakan trick ini menggunakan third party software. tanpa melengahkan masa, mari ikuti trick-trick yang disediakan.

langkah pertama
start task manager. anda boleh right click pada taskbar dan pilih option task manager
Right click pada taskbar, pilih start task manager

langkah kedua
pergi ke tab process, cari explorer.exe, klik end process. accept apa-apa warning/dialog box yang timbul.
Kill explorer.exe, jangan risau, browser anda tetap "hidup"

langkah ketiga
taskbar dan segala window yang anda sedang buka akan dimatikan. ini bermakna explorer.exe anda telah berjaya dikill.
bila taskbar sudah hilang, maknanya anda telah berjaya kill explorer.exe
langkah keempat
klik pada file, pilih new task(run...), Taip explorer.exe, secara automatik, taskbar anda akan timbul seperti baru lepas restart.
Run kembali explorer.exe, taskbar akan timbul kembali

langkah kelima
tutup task manager, cuba lihat trick anda menjadi ataupun tidak.

MENGGUNAKAN THIRD PARTY SOFTWARE
anda boleh menggunakan process hacker ataupun anvir task manager ataupun mana-mana task manager similar program. dengan menggunakan process hacker, segala option anda menjadi lebih mudah didalam masa yang sama applikasi ini adalah percuma. sekiranya anda menggunakan process hacker, right click pada explorer.exe, dan pilih restart. begitu juga pada anvir task manager cuma anda perlu pergi ke tab process terlebih dahulu.

SELAMAT MENCUBA.

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)