Thursday, March 24, 2011

Sembunyikan drive anda di My Computer

Dalam trick kali ini, eddytech.my bersedia untuk berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk hidekan drive anda daripada kelihatan didalam myComputer dengan hanya menggunakan registry hack tanpa memerlukan third party software. cara ini tidaklah terlalu berkesan untuk melindungi data-data pribadi anda akan tetapi sekurang-kurangnya, ianya mencantikkan lagi directory myComputer anda didalam masa yang sama melindungi file anda secara biasa daripada dikesan. Didalam masa yang sama, trick ini tidak memerlukan kepakaran mengenai computer yang tinggi, memadai sekiranya anda tahu menggunakan calculator saintifik ataupun pengetahuan untuk converting value binary ke hexaDecimal. Didalam trick kali ini, kita hanya memerlukan calculator(lagi mudah gunakan calculator windows) dan notepad sahaja. Amat mudah bukan. Diharap anda semua dapat memahami cara-cara melakukannya dengan mudah.

berikut adalah cara-cara melakukannya dengan seberapa langkah sahaja.

Step 1 : buka notepad.exe
run notepad.exe
Step 2 : Copy kesemua syntax coding yang saya berikan dibawah, pastekannya kedalam notepad.exe

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
"NoDrives"=dword:00000000

Step 3 : Savekan sebagai HideDrive.reg, Jangan tutup lagi notepad anda!!

Step 4 : sekarang, anda perlu spesifikan drive yang anda ingin hidekan. andaikan anda ingin hide drive F: G: , jadi, binary-nya akan jadi sebegini
contoh 1:
Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A
X X X X X X X X X X X X X X X X X X X 1 1 0 0 0 0 0
apa-apa value selepas daripada satu mesti jadi kosong, dan value sebelum daripada satu tidak perlu diambil kira, didalam masa yang sama, nombor 1 mewakili letter drive yang anda ingin hide. contoh diatas ialah hide drive F: G:, manakala contoh dibawah ini kita akan hide drive X: dan E:
contoh 2:
Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A
X X 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0
hope anda boleh nampak perbezaannya kini, just remember, mana-mana drive yang anda ingin hide, mark dengan angka 1 dan apa-apa value disebelah kanan mesti diambil kira, Ingat, X tandanya tidak perlu diambil kira.

Step 5 : Setelah itu, run calculator.exe yang ada didalam windows. pilih view programmer ataupun simply tekan alt+3. pastikan anda tick BIN terlebih dahulu, kemudian masukkan nombor yang ada dalam table yang sudah dibuat tadi, Sebagai contoh, kita akan hide Drive 1100000 kedalam calculator, kemudian terus tick HEX, secara automatik nombor binary anda tadi akan diconvert ke Hexa value iaitu 60.
Step 6 : Kembali ke notepad anda, dan masukkan nombor 60 kebelakang value dword:000000 tadi,pastikan anda memasukkan value daripada kanan ke kiri, pastikan jadi macam nie,(kalau anda hide drive F: G:)
[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
"NoDrives"=dword:00000060

Step 7 : save notepad anda tadi atau lebih cepat, ctrl+S untuk save.

Step 8 : double klik hideDrive.reg anda itu tadi, accept apa-apa sahaja warning yang keluar.
Step 9 : sekarang, anda perlu log-off computer anda ataupun jika ingin lebih pantas, restart sahaja explorer.exe, untuk restart explorer.exe, anda boleh merujuk ke post ini.

"PASTIKAN ANDA RESTART EXPLORER.EXE ATAUPUN LOGGING OFF SELEPAS ANDA MELAKUKAN TRICK INI,JIKA TIDAK, KESAN-NYA TIDAK KELIHATAN."

UNTUK UN-HIDE
simply right click pada hideDrive.reg,dan pilih edit. kemudian ubah value dword:000060 tadi kepada dword:000000. PASTIKAN ada 6 nombor kosong(0)!. savekan, dan double click pada hideDrive.reg itu tadi.accept any warning. restart explorer.exe ataupun anda log-off.

UNTUK ENABLE PADA KESEMUA USER
trick diatas hanya untuk local user.maknanya untuk user yang buat trick tersebut. untuk pastikan trick tersebut working untuk kesemua user didalam computer, tukarkan [HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer] kepada [HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer].

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke comment dan sebarang komen daripada anda amat-amat dihargai.

knowledge is power to everything

3 comments:

  1. menarik bro..

    kalau programkan registry tu lagi bagus kan..;D

    hollowgram blog

    ReplyDelete
  2. yup..boleh dilakukan menggunakan batch file..

    ReplyDelete
  3. nice tricks br0...pasni boleh sorok partition aku yang berlambak2 tuh...hohoho

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)