Wednesday, March 30, 2011

Kenali Bat to Exe Converter



Highslide JS


Bagus2

Jika sebelum ini, anda telah diterangkan seberapa ringkas mengenai batch file, kali ini, kita akan cuba mengenali program yang akan digunakan untuk convert batch file ke dalam execute file. sekiranya kita membiarkan command-command yang kita rangka didalam bentuk file batch. ini memudahkan bagi kita mengubahsuai command-command tetapi didalam masa yang sama, memudahkan mereka-mereka yang tidak dikenali menggubah command-command yang ada. oleh itu, kali ini, eddytech akan berkongsi dengan anda software apakah yang sesuai untuk convert batch files ke dalam bentuk execute file. semestinya, eddytech akan mengalakkan anda mendapatkan software compailer yang free.

software yang eddytech galakkan ini amat mudah digunakan. simple dengan hanya beberapa option yang tidak kurang hebatnya juga. nama software ini ialah bat to exe converter. yurp. nama yang mudah. tak perlu fancy-fancy name. tanpa membuang masa, mari kita kenali dengan lebih dekat software ini, oh! terlupa pula. anda boleh mendownloadnya disini.


software yang mempunyai saiz kecil ini hanya meng-convert batch file ke execute sahaja. software ini tidak mempunyai writing space. dibahagian muka depan(Options) software ini, anda akan menjumpai option-option tertentu.


Option Panel

VISIBILITY
- untuk setkan sama ada terminal(CMD) kelihatan ataupun tidak.sekiranya anda pick option hidden, program tersebut dijalankan secara tersembunyi(Silent). dari sinilah virus basic boleh berfungsi. juga software-software yang meng-copy data kedalam pc utama tanpa pengetahuan pengguna terutama mereka yang menggunakan komputer CC.


WORKING DIRECTORY
- dimana tempat file anda akan diextractkan. sekiranya anda pilih current directory, isi-isi yang terkandung didalam program anda akan diextract ditempat anda save program anda. juga mengubah command cd anda(sekiranya ada)

TEMPORARY FILES
- sekiranya anda meletakkan isi-isi didalam program anda. apabila anda run program anda, isi-isi ini akan dikeluarkan daripada file(extract). sekiranya anda pilih delete at exit. ini bermakna segala isi-isi ini akan dipadam setelah program anda selesai(closed)

ENCRYPTION
- lindungi program anda dengan kata sulit bagi mengelakkan program dijalankan oleh orang yang tidak mempunyai authority untuk run program anda. terbaik bagi mereka yang menggunakan batch file untuk melindung file pribadi.

MISCELLANEOUS
- add administrator manifest, run program anda sebagai administrator. sesuai bagi pengguna-pengguna windows vista dan terbaru.
- overwrite existing file, jika ada isi-isi yang tidak dipadam atau terlepas pandang. option ini akan mengantikan file-file tersebut.
- add decompailer, extract dan de-compail program anda. option ini tidak digalakkan.

Include panel

dibahagian tab include. disinilah anda boleh meletakkan file-file yang mungkin anda ingin masukkan sekali dengan program anda. apa-apa sahaja file boleh dimasukkan.

information panel

version information, dibahagian ini, anda boleh masukkan icon yang mungkin anda ingin gunakan dan disini juga anda boleh masukkan infomasi-informasi berkenaan program anda.

program setting panel

program setting, dibahagian ini, terdapat option-option untuk mengubah bahasa program bat to exe ini. didalam masa yang sama untuk set parameter setiap kali program bat to exe ini dijalankan. bahagian ini tidak berkenaan dengan program yang anda buat.

---------------------------------------------------------------------
SEGALA KOMEN DARIPADA ANDA AMAT DIGALAKkAN
PENDAPAT,PANDANGAN,PERTANYAAN LANJUT BOLEH DIAJUKAN DIBAHAGIAN KOMEN

1 comment:

  1. Hirens 2018 New Generation Support HDD GPT + UEFI-CSM READY!
    cobain open source project rancangan ane gan >

    IT Tools Pack Solution

    (Tersedia Acronis 2018 + Norton Ghost + Minitool Partition Wizard Technician 9.1 + DLL)

    #SalamSatuTeknologi

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)