Sunday, March 27, 2011

Kenali .bat file dan kemampuannya (basic)

.bat file. salah satu daripada programming language yang paling penting didalam dunia programming komputer. .bat file atau nama lainnya batch file adalah programming yang sangat mudah difahami dan didalam masa yang sama mempunyai abiliti dan kemampuan yang tinggi. batch file mampu mengakses internal computer configurasi secara terus. didalam masa yang sama, file ini hanya menggunakan CMD sebagai platform host. sepertimana previous trick. batch file mampu berkerjasama dengan trick-trick yang saya pernah terangkan lepas untuk menambah kemampuan dan kesenangan penggunaan trick tersebut

batch files boleh digunakan sebagai virus simple coding language. ini kerana, batch file berinformasi menggunakan cara dan pemprosesan yang laju. biarpun begitu, file ini tetap memerlukan compailernya. dan untuk pengetahuan anda, CMD adalah compailernya. haha(ape punya susunan ayat).

untuk mengetahui command-command basic yang boleh diletakkan didalam batch file, anda boleh run CMD dan taip help untuk mengetahui command-command yang boleh digunakan. Selain itu juga, batch file boleh digunakan untuk memanggil program-program yang lain juga. cuma anda perlu statekan directory yang sesuai. pastikan anda memahami command-command option didalam CMD sebelum menulisnya didalam batch files.
taip help

kelebihan menggunakan batch files daripada CMD ialah, kemampuannya untuk menerima input daripada user. ini adalah satu yang sukar dilakukan didalam standart CMD system. sebagai contoh, saya ingin delete isi-isi didalam thumdrive saya, saya hanya perlu statekan thumdrive letter sahaja. codingnya seperti dibawah

set /p letter = MASUKKAN LETTER DRIVE YANG INGIN DI DELETE :
del *.* /s /f %letter%

ini secara tidak langsung memudahkan urusan-urusan anda. biarpun GUI(Graphical User Interface) adalah lebih mudah, akan tetapi, penggunaan command-command daripada CMD menambah tahap penggunaan komputer anda. selain itu juga, batch file boleh digunakan sebagai sistem kira-kira. yurp. mathematical. selagi anda tahu mengubah formula-formula mathematik kepada penggunaan single line, selagi itu ianya boleh dilakukan didalam batch file. akan tetapi, agi formula-formula seperti differentiation, integration atau yang lebih kompleks. mungkin anda perlu consider menggunakan software-software mathematical.

batch file juga boleh menggunakan sistem-sistem "logik". sebagai contoh, sekiranya 1 + 1 = 2 adalah betul, maka batch akan mengeluarkan output "PANDAI PUN", dan sekiranya salah, maka output akan jadi sebaliknya.... perlu diingatkan juga, batch file boleh menggunakan command-command daripada CMD dan didalam masa menggunakkan abiliti-abiliti yang tidak mungkin diinterface CMD sendiri boleh lakukan seperti 1 + 1 tadi.

oh, hampir terlupa pula, anda perlu taip command-command tersebut di notepad dan save sebagai "APA2".bat . insyallah, dalam post-post yang berikutnya, saya akan cuba menerangkan penggunaan command-command basic dan advance yang perlu anda ketahui sekiranya anda ingin mencipta virus berasaskan CMD command. tapi. jangan la buat virus-virus lak, gunakan untuk kebaikkan. banyak lagi perkara baik boleh dibuat menggunakan CMD.
Example coding batch file

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)