Saturday, May 21, 2011

Berita Baik Bagi Mereka yang suka blog berjalan(blogwalking laaa tue..)

Ce Cite..Ce Cite...
Info ini tidak hanya untuk mereka yang suka blogwalking, tetapi juga pada mereka yang gemar untuk klik fake URL ataupun suka melawat laman sesawang(website) yang mempunyai malware/spyware/virus atau sewaktu dengannya.

Terdapat satu software yang mempunyai saiz yang kecil serta berkemampuan kuat untuk mengelakkan komputer anda terkena virus. program ini dinamakan sandboxie.

Macam mana sandboxer ni...eeehhh..silap..sandboxie nie berfungsi??..
sanboxie ini berfungsi dengan membuat satu bahagian didalam cakera keras komputer anda(Hard Dics) yang akan menghalang segala data daripada program yang "ditangkap" oleh sandboxie ini. dalam erti kata lebih mudah, ianya akan membuat satu penjara khas bagi program yang "ditangkap" oleh sandboxie ini bagi mengelakkan data-data merbahaya terlepas masuk kedalam sistem anda yang real

Macam....kurang paham laa...ade penerangan lebih mudah???
ooohhh...ade.. cube lihat image dibawah.

Apa kelebihannya??
1. Mengelakkan Virus/Malware/Spyware/Backdoor yang mungkin terdownload daripada website-website masuk dan menjahanamkan data didalam komputer anda.
2. memudahkan anda sekiranya anda menggunakan portable software yang mungkin diragui tahap keselamatannya.
3. Mengurangkan masalah data dicerobohi ketika anda sedang surfing internet.

Kat mane nak download? Sebelum tue.. Ade Bayaran Tak??
Software ini adalah percuma..even trademark program ini ialah "trust no program".. jadi jangan anda tidak percaya kepada kebolehan program ini..sekurang-kurangnya mencegah dari masalah besar.

nak download dan lebihan info? Klik Sini.. psss...middle click jika anda ingin open new tab :)..g la lawat entry sy yang lain.hehehe...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Knowledge Is Power To Everthing
eddytech03.blogspot.com -- sape leh ajar sy cara nak berdomain??

p/s : Saya Mendapat Berita Adanya Tanah Runtuh Di Hulu Langat Petang Tadi.
Marilah Kita Bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah Dan Berdoa Agar Dipermudahkan
Urusan Mencari Dan Menyelamat. Sumbangkanlah Doa, Sesungguhnya Allah
Menyukai Hambanya Berdoa Kepada-Nya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)