Thursday, May 19, 2011

Bagaimana Untuk Mengetahui Wireless Anda Sedang Dihack Atau Telah Dihack


Toksah Cakap banyak, terus ke point utama.
Pertama sekali, Tutup/Disconnect semua laptop didalam rumah anda yang sedang menggunakan wireless anda. tinggalkan hanya 1 laptop utama yang disambung menggunakan cable LAN.

berikut adalah beberapa pemerhatian yang anda boleh lihat sekiranya wireless anda sedang dihack ataupun telah dihack.


1. Lampu notification wireless/Wireless LAN anda berkelip dengan sangat pantas dan lebih banyak. ini menunjukkan adanya proses penghantaran data antara wireless anda dengan mana-mana komputer yang sedang/mahu menggunakan wireless anda. 

2. Sewaktu proses attack, anda akan merasai kelajuan internet anda lebih berkurang daripada biasa. ini kerana. wireless anda sedang dihentam/dibanjiri data yang sangat banyak daripada penyerang. ini menyebabkan transaksi data anda ke router anda menjadi perlahan kerana router berada didalam peringkat sibuk.

3. masuk kedalam setting router anda dan statistik ataupun info mengenai komputer manakah yang sedang menggunakan router anda. router anda akan mengesan apakah nama komputer yang sedang menggunakan router anda. bahkan ianya menyimpan history (mengikut hari) nama-nama komputer yang menggunakan router anda. sekiranya dirumah anda mempunyai 3 buah laptop. maka anda boleh melihat nama laptop tersebut didalam info router anda. untuk melihat nama sesebuah laptop, klik start menu, klik kanan pada my computer dan pilih properties (bagi pengguna windows 7). kemudian properties windows and computer akan timbul. anda boleh lihat nama computer tersebut disitu.
Computer Name Netbook sy

windows XP, start menu - run - taip dxdiag - klik ok.

kebanyakkan boleh lihat daripada informasi fizikal laaa.. ooo, jadi ape cara nak lindungi?

pertama sekali, lakukan proses pemeriksaan terhadap router anda secara bekala, sebagai contoh, 2 kali seminggu atau sebulan sekali. itu sekiranya anda menggunakan router yang bersekuriti WEP. sekiranya router anda mampu support WPA2 sekuriti. ubah sekuriti router ke WPA2 dan masukkan password yang mengandungi simbol seperti @,% dan jika boleh, melebihi 10 askara. jangan risau sekiranya anda terlupa. saya akan tunjukkan cara untuk baca password wireless didalam komputer yang sudah mempunyai sambungan wireless.

sekiranya router anda tidak mempunyai kemampuan sekuriti WPA2, sudah tiba masanya untuk anda start engine kerenderaan anda, dan bergegas ke kedai komputer dan dapatkan router yang mempunyai sekuriti ini. untuk pengetahuan anda. untuk hack password WEP hanya memerlukan masa kurang daripada 5 minit!!.
dan sekiranya password WPA2 anda cukup kuat dan mantap, ianya sukar ditembusi dan memerlukan masa yang sangat lama.

-----------------------------------------------------------------------------
informasi diatas adalah sekadar cara basic untuk mengetahui dan melindungi 
wireless anda. insyallah, saya akan cuba terangkan apa yang hacker/cracker mampu
buat terhadap keselamatan anda sekiranya anda tidak mengambil berat berkenaan sekuriti
digital anda. 
Knowledge is power to everything
Makin Berisi, Makin Menunduk, Dan Jangan Angkuh.
------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)