Wednesday, November 2, 2011

Cloud Storage (SugarSync) 5GB free cloud storage

Kali ini, e-tech bersedia untuk berkongsi dengan anda berkenaan sebuah cloud storage yang mungkin, berguna bagi beberape orang. Tetapi sebelum itu, mari kita kenali apa itu cloud storage.

Cloud storage yang dimana penerangan mudahnya ialah satu storage (simpanan data) secara maya yang dimana  data tersebut boleh diakses dimana-mana sahaja tempat yang mempunyai talian internet. Ini bermakna, sekiranya anda ingin berkongsi video, photo ataupun document dengan saudara mara ataupun insan tersayang anda yang mungkin berjauhan dengan anda, anda mampu melakukannya dengan cloud storage ini.

Kali ini, e-tech akan berkongsi dengan anda satu cloud storage yang dinamakan SugarSync. Cloud storage ini sangat mudah digunakan serta mempunyai compatibility dengan device yang paling banyak. Ini bermakna, anda mampu memasukkan beberapa banyak smart phone/tablet/komputer ke dalam satu akaun dan mengaksesnya pada masa yang sama. Selain itu juga, interface(antaramuka/GUI) sugar sync adalah lebih mudah difahami serta applikasi softwarenya bersesuaian bagi mereka yang mungkin baru mula mengenali cloud storage. anda boleh mengakses cloud storage anda menggunakan Web interface mahupun software yang boleh didownload menggunakan link dibawah. Mula-mula sekali, anda perlu mendownload applikasi SugarSync ini dengan mengklik link dibawah. Ianya untuk Windows user sahaja.

Setelah siap mendownload, anda perlu menginstallnya seperti biasa. pilih folder yang anda ingin buat sebagai "share" folder. Setelah selesai setup. anda boleh login ke akaun anda ataupun creating a new account.

setelah siap login/creating new account, anda perlu setting up nama komputer anda supaya device-device yang yang anda ingin gunakan sekali boleh mengenali komputer/phone anda. setelah siap, komputer anda akan bersedia untuk di sync kan dengan cloud storage. (cloud storage bagi free version ialah 5GB).

contoh cloud storage e-tech

Sebagai contoh, cuba anda copy gambar ke folder yang anda telah pilih untuk disharekan ke cloud storage. secara automatik, gambar tersebut akan diupload masuk ke cloud storage untuk diakses oleh device-device yang laen yang berada didalam akaun yang sama. Untuk mengakses data daripada device yang lain, anda boleh login daripada sini. penggunaan Interface internet adalah lebih mudah.

Dengan menggunakan cloud storage, anda boleh menghantar apa-apa sahaja data ke device yang berada didalam akaun yang sama, selain itu juga, ianya memudahkan anda, dan menjimatkan ruang storage didalam komputer anda.

Biarpun cloud storage ini mungkin nampak agak mudah, tetapi ianya memerlukan talian internet yang memuaskan atau pantas. ianya tidak sesuai untuk mereka yang mungkin menggunakan broadband yang mempunyai usage yang kecil. selain itu juga, anda boleh menjadikan file yang anda upload ke cloud storage anda sebagai public.

5GB free storage mungkin bukan besar bagi sesetengah orang, tetapi ianya memadai untuk kegunaan yang bersesuaian. Digalakkan untuk anda mencubanya dan meng"Explorer" kelebihan cloud storage ini.. dimana-mana sahaja, anda mampu mencapai data-data anda.

1 comment:

  1. assalamualaikum.. terima kasih sudi tegur saya kat entry politik tu. sy sgt hargai komen saudara. kelihatannya, saudara x jelas dgn tujuan sy tulis entry tu. maafkan saya ,saya manusia biasa. memang tak sempurna,

    sbnrnya sy nak ckp kat situ bahawa jgnlah nak mencari kelemahan org je, sbb banyak blogger2 politik suka mengutuk & mencaci ahli politik.. saya tak kata semua, saya kata sebahagian sahaja. harap saudara faham. jelas lah kat sini, mengutuk tu kan tak baik. islam pun tak suruh kita mengutuk orang, politik islam bukan macam ni. awak tak leh ukur tahap ilmu agama saya macam mana melalui entry tu, . mungkin cara saya menulis salah. mungkin tu salah saya, atau mungkin penulisan saya disalah tafsirkan.

    saya menulis bukan saja-saja, bukan suka-suka nak tulis . terlebih dahulu saya dapatkan pendapat ustaz-ustaz dan sahabat-sahabat seangkatan seagama saya. memang, ustaz sendiri menjelaskan bahawa politik sekarang sudah banyak terpesong dari ajaran islam yang sebenarnya. siapa kata islam tak perlukan politik. perlu, ya memang perlu. tapi, bukan melalui politik kotor. saya tidak fokus kan entry tu kepada mana-mana pihak, sebab entry tu umum,.

    tapi, yang nak dijelaskan di sini, politik yang sy maksudkan adlah politik yg tak sepatutnya. awak kata kalau takde blogger mcm mana nak tau mana yg benar, kan?? betul.. entry mereka ada yang fakta. tapi, kalau awak perasan, sesetengah entry mereka ada terselit emosi mereka. awak fahamkn maksud saya? saya rasa tak perlu kot saya explain.

    aim entry saya : jangan mengutuk & mencaci tak tentu hala. even betul pun, tetap tak boleh kutuk. sebaliknya, salurkan kbenaran melalui pihak yang betul. bukan sekadar penulisan yang akibatnya boleh mengaibkan orang tersebut. u see?

    bukankah islam itu indah ?? islam tak pernah menggalakkan sesiapa untuk mengutuk antara satu sama lain. kebenaran ? ya, kebenaran boleh disampaikan setelah terbukti pesalah itu bersalah . tapi, yang boleh disampaikan hanyalah fakta, tak perlu ditokok tambah dengan entry yang mencaci tak tentu hala. ada beberapa blogger politik saya jumpa, mereka mengutuk ahli politik dengan perkataan "bangsat . babi. beruk. tali barut. biawak hidup. dan macam2 lagi ". awak nampak tak kelmahannya kat situ? bukankah itu dah melampau. ?

    saya menulis tajuk entry macam tu bersebab. kawan saya yang chinese, non muslim pun kata, "bukankah islam itu kata mengutuk haram ? kenapa ahli politik saling kutuk mengutuk? takde cara lain??".

    apa awak nak jawab kalau non muslim tanya awak macam ni. saya tersentap dengan soalan dia. that's why saya timbulkan isu ni.

    saya ada kata saya neutral. saya bukan pkr, bukan dap, bukan umno, dan bukan pas. tu tak bermaksud saya tak menyokong politik. perlu ke saya bagitau saya suka parti apa? bukan ke saya masih bawah umur? dan,, bukankah itu adalah sulit. perlu ke saya bagitau? not fair la kan, nanti orang ingat saya ni orang pas ,. takpun orang ingat saya ni kaki ampu umno, saya menulis atas dasar agama . bukan atas dasar politik. even saya suka PAS pun, tak semua pemimpin pas tu bagus. kalau saya suka umno, tak semua pemimpin umno pun bagus. ada la yang bagus, tapi tak semua, so entry tu untuk semua.

    apa-apa pun, komen saudara sangat berguna,. maafkan saya kalau saudara terguris dengan bahasa saya, saya rasa saya tidak menggunakan apa2 bahasa yang menyinggung hati saudara.

    saya harap saudara dapat balas komen saya ni di blog saya.

    mungkin, saudara betul. saya masih tidak matang. masih merangkak . saya hamba Allah yang lemah, kadang2 niat saya baik, tapi penulisan saya mungkin salah.

    apa saudara rasa saya patut delete entry tersebut? saya perlukan komentar saudara . terima kasih. wassalam. ^^

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)