Friday, October 28, 2011

Cara Mudah untuk buat installation windows didalam flash drive (bergambar)


Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda, satu trick mudah untuk membuat boot-able flash drive yang mengandungi installation windows tanpa memerlukan apa-apa software third party dan tanpa sebarang coding(code) dan penggunaan CLI. berikut adalah cara-caranya.


Pekakas/Perkara yang perlu anda ada.
tak kesah brand ape pun
1) Flash Drive bersaiz lebih besar daripada 4GB (pastikan kosong)
Pastikan ada BOOTMGR file!

2) data installation windows sekali dengan BOOTMGR (PENTING!).

Cara untuk melakukannya.

1) klik start menu, dan right click pada my computer, kemudian pilih manage (accept segala warning).
1
2) pilih option disk management, kemudian right click pada bahagian flash drive anda, kemudian pilih option format...
2

3) format flash drive anda ke NTFS, jangan lupa untuk TICK option "perform quick format".
3

4) setelah selesai format flash drive anda, right click sekali lagi, dan pilih option "mark partition as active". (penting, sekiranya anda terlepas bahagian ini, flash drive anda tidak boleh boot-up).
4

5) setelah selesai, copy kesemua data installation windows itu tadi bersekali dengan BOOTMGR tersebut. 
5

6) setelah selesai menyalin data installation kedalam flash drive anda, biarkan flash drive anda untuk beberape minit, dan pastikan anda safely remove flash drive anda, JANGAN CABUT TERUS untuk mengelakkan data corruption. 
6

7) restart komputer anda, dan cuba boot-up daripada flash drive anda. selamat berjaya.
7

2 comments:

  1. nk kna extract dulu fail iso 2 ka?kt mana nk cr BOOTMGR file!!!!

    ReplyDelete
  2. anon, yurp, kena extract dulu... hurmp..x de ke...nanti sy upload ke google site.

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)