Wednesday, August 17, 2011

Setting broadband didalam Ubuntu 11.04

Info dan tutorial kali ini akan berkait dengan Ubuntu. Rasanya sudah lama sy tidak sampaikan info mengenai Ubuntu. Info kali ini adalah cara-cara untuk install dan setup broadband dongle kedalam Sistem Operasi Linux(Ubuntu 11.04). cara-caranya agak mudah serta tidak memerlukan kepakaran didalam syntax terminal.

Saya kurang pasti brand broadband manakah yang fully support menggunakan Linux Ubuntu, buat masa ini, hampir keseluruhan broadband dongle brand Huawei boleh beroperasi didalam sistem operasi ubuntu. Pernah saya mencuba broadband dongle daripada celcom (ZTE MF190 HSUPA). saya dapati broadband tersebut dapat dijumpai oleh sistem operasi Ubuntu. Akan tetapi, saya tidak dapat browsing biarpun sudah connected. Sekiranya anda mendapati adanya brand broadband dongle yang lain yang mampu support ke sistem operasi Ubuntu, anda boleh sampaikan pada ruangan comment dibawah.

Kelebihan menggunakan Internet didalam sistem operasi Linux(Ubuntu) ialah, tahap kelajuan browsing menggunakan sistem operasi linux jauh lebih pantas berbanding sistem operasi Windows. Linux sememangnya telah dioptimize dan dicipta untuk freedom(kebebasan) menggunakan teknologi komputer yang dimana mencakupi seluruh aspek terutama sekali Internet. Linux tidak mempunyai banyak Kernal-kernal yang menggunakan internet secara keseluruhan, oleh itu, linux amat-amat sesuai bagi mereka yang heavy Surfing. Tambahan, juga selamat daripada ancaman virus,malware mahupun trojan.

Berikut adalah cara-cara untuk install broadband kedalam sistem operasi Ubuntu.

Brand broadband dongle : Huawei.
Model broadband dongle : Huawei E1552.
ISP : Maxis broadband.

Step 1 : Plugin broadband dongle anda ke USB port laptop/desktop anda.

Step 2 : Tunggu sehingga driver/firmware/virtual driver diload. untuk mengetahui sama ada ianya telah siap diload, anda boleh lihat contoh didalam gambar dibawah. Sekiranya tidak keluar didalam tempoh masa yang agak panjang eg: 5 minit~10 minit, berkemungkinan broadband dongle anda tidak support. anda perlu refer ke forum ubuntu untuk fully confirmation.

Step 3 : Sekiranya broadband dongle anda disupport oleh sistem operasi ubuntu, klik pada nama broadband anda, dan ikuti beberapa arahan untuk setup ISP dan account anda. Bagi ubuntu 11.04, ISP yang disediakan ialah Celcom, Digi, Maxis. bagi pengguna wimax, anda boleh manual insert. Ikuti arahan sampai selesai.

klik pada icon wireless/ethernet/mobile broadband diatas.

sekiranya broadband anda di support di Ubuntu. anda boleh lihat infonya dari sini.
klik new mobile broadband tersebut
info screen, klik foward

pilih Malaysia, dengan taip Malaysia mahupun mouse scroll

pilih ISP anda. 

bagi pengguna broadband celcom, pilih default. bagi maxis, pilih broadband.
APN adalah auto, jadi biarkan sahaja, unless anda guna cara manual (Wimax).

confirmation tentang setup yang anda pilih. dan klik Apply.

Step 4 : Kemudian, setelah selesai setup, tunggu dalam lebih kurang 10-20 saat untuk try connecting ke ISP. untuk connecting, anda boleh lihat contoh daripada info bergambar dibawah.
klik pada nama ISP yang anda pilih tadi.

icon akan animate menandakan broadband anda sedang connecting ke ISP.

sekiranya berjaya, popup info akan muncul dibawahnya. 

Step 5 : Setelah sambungan internet anda ke ISP berjaya, anda boleh cuba surfing, dan sekiranya ISP memberi respond, anda telah berjaya Install broadband dongle anda ke Ubuntu.

cuba surfing.


TAMBAHAN
sekiranya anda ingin setup broadband anda kepada HSPA connection sahaja. anda boleh ikuti cara-caranya melalui penerangan bergambar dibawah. (Pastikan anda diconnected terlebih dahulu).

daripada icon wireless/LAN/GSM anda, pilih edit connection

pilih tab Mobile Broadband, dan Klik button Edit.

dibahagian Type, anda pilih 3G (UMTS/HSPA). kemudian klik save.
setelah itu, biarkan untuk beberapa saat, dan try sambung semula talian internet anda.

---------------------------------------------------------------------------------
Selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)