Friday, June 3, 2011

Setting XAMPP dan DBManager

Entry dan info yang ditujukan khas kepada semua student computer science yang mengambil subject system. mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu. jom, ikuti step dibawah. Sebelum itu, sila download software yang diberikan dibawah

Download DBManager Standard Edition
Download XAMPP 1.7.4 (with PHP 5)

selepas siap download, install seperti biasa, next-next dan next je.... if possible, Install XAMPP terlebih dahulu, setelah siap install XAMPP,run XAMPP control manager dan klik button start pada modules Apache,MySQL [sila rujuk foot note dibawah mengenai firewall ].  setelah itu, klik link ini untuk pastikan XAMPP anda berfungsi dengan betul.anda akan dibawa masuk ke welcome screen XAMPP. klik option status untuk lihat adakah semua fungsi-fungsi berjalan dengan betul. jika anda dapat sama seperti image saya dibawah, anda berjaya install dengan sempurna.
jangan lupe firewall...
dapat??

Sekarang proses untuk menginstall dan mengaktifkan DBManager. install DBManager seperti biasa, setelah siap install, run DBManager sebagai administrator untuk memudahkan kerja. anda akan dibawa masuk ke welcome screen DBManager, klik tab server dan klik add new server. Pilih Database Server Engine kepada MySQL. cube klik Test connection dan lihat sama ada connection berjaya atau tidak.sekiranya berjaya, anda telah berjaya. jika tidak, anda perlu check sama ada anda menggunakan DBManager sebagai admin ataupun tidak.
jangan lupe run sebagai admin dulu
click test connection

sekarang tiba masa untuk menguji connection database anda, copy code dibawah dan paste kedalam notepad. 
<?php
$con = mysql_connect("localhost","root","");
if (!$con)
  {
  die('Could not connect: ' . mysql_error());
  }
mysql_close($con);
echo("done");
?>
save sebagai try.php...anda perlu save di C:\xampp\htdocs\. Kemudian click link ini untuk try run php tersebut. Sekiranya ada keluar error, maknanya berlaku masalah connection ke database anda, anda perlu lihat sama ada anda menulis syantax dgn betul ataupun DBManager anda run dengan betul. dan sekiranya keluar seperti didalam image dibawah, anda telah berjaya link Database anda dengan php :)
saya punye x kuar error...yeaa.....

---------------------------------------------------------------------------
*sekiranya anda klik module didalam XAMPP dan kekotak firewall muncul, jangan klik deny atau not allow
klik allow untuk memastikan aplikasi tersebut berjalan seperti biasa tanpa halangan firewall.

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)