Thursday, June 16, 2011

menggunakan my3gb sebagai hosting percuma

Bagi mereka yang mungkin berminat untuk belajar basic hosting, my3gb adalah salah satu laman hosting yang membenarkan anda untuk mendaftar didalam sistem mereka dan mendapat hosting bersize 3GB dan 2 SQL database secara percuma. bagi pandangan saya, my3gb adalah satu server hosting yang amat bermanfaat kepada student-student yang mungkin berminat untuk mempelajari SQL dan juga PHP. ini kerana, my3gb mempunyai support SQL dan Php. oleh itu, ianya juga mempunyai database.

sistem yang diguna pakai di m3gb sangat mudah, akan tetapi, anda perlu membina web anda daripada 0 ke sumthing yang mungkin menarik minat. selain itu juga, my3gb sangat-sangat sesuai untuk mereka yang gemar mempromote barangan ataupun gemar mempunyai website static.

apa yang dimaksudkan dengan website static adalah seperti anda membina website flash yang dimana content didalamnya tidak kerap berubah atau diupdate. sebagai contoh, andai kata anda mempunyai satu event yang akan dianjurkan oleh anda, anda boleh menggunakan my3gb sebagai laman hosting sementara anda. :)

kelemahan utama my3gb ialah, anda perlu mengetahui html programming language. seperti yang saya ceritakan tadi, anda perlu membina web anda dari empty(putih kosong) kepada tujuan anda. tanpa buang masa, meh tgk sedikit tutorial.

1. daftar ke my3gb terlebih dahulu, pastikan anda mempunyai valid email kerana activation url akan dihantar ke email anda.

2. setelah siap mendaftar, anda login menggunakan id name dan password yang anda siapkan tadi. anda akan dibawa masuk ke control panel anda, anda klik file manager.

3. setelah itu, anda akan nampak index.html, klik edit. yang ber-icon macam notepad tue, kemudian anda boleh menggunakan simple editor ataupun anda klik source untuk lihat coding.

4. setelah siap edit, klik save, dan kemudian klik back. kemudian click page index.html anda itu tadi.

=====================================================
lebihnya anda boleh try explore sendiri

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)