Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Kepada Kau... "FireSheep"

Security in mozilla firefox
Ape ko merepek nie?
Firesheep adalah salah satu extension Firefox yang dicipta untuk mengejutkan dunia "Internet Security" berkenaan mudahnya data user dicerobohi sekiranya website tersebut menggunakan http connection.

Eh?macam menarik, cite lagi
Dengan menggunakan firesheep, seseorang yang tidak reti menghack tetapi mungkin mahir menggunakan mozilla firefox mampu menghack FB, twitter dan 23 lama sesawang yang ada didalam database firesheep. dengan hanya mendownload firesheep dan winpcap. anda mampu mengodam FB seseorang dengan hanya single click!

Weh!nie program "teruk".. apehal nak terima kasih pulak??
Tahukah anda, firesheep telah menyebabkan programmer-programmer website untuk menggunakan https connection setiap kali user berkomunikasi dengan server mereka. tanpa firesheep, sudah semestinya kita akan berada diambang bahaya. dengan terciptanya firesheep ini jugalah menunjukkan bahawasanya kepentingan untuk menambah kemampuan server security.

cuba anda bayangkan, sekiranya FB anda masih lagi tidak support kemampuan https, sudah semestinya anda risau untuk online FB anda. firesheep adalah salah satu tool hacking yang menyebabkan dunia internet security menjadi kacau bilau dan penuh dengan rombakan baru. program ini bukan digunakan untuk hacking semata-mata, ianya untuk menyedarkan pemilik-pemilik website dan juga pengguna komputer supaya berhati-hati.

langkah pencegahan??
1. Pastikan anda baca terlebih dahulu condition URL yang anda sedang gunakan. sekiranya ianya kritikal seperti FB, or else, pastikan ianya berada didalam https connection.

2. bagi pengguna facebook, anda klik account - account setting - account security - tick pada secure browsing(https) dan kli save untuk divert connection FB anda ke https connection

3. pastikan anda berhati-hati sekiranya online di kawasan-kawasan Wifi public. kelekaan anda, boleh menyebabkan kerugian kepada anda sekiranya anda tidak bernasib baik.

4. download add-on ini bagi pengguna mozilla firefox, dan bagi pengguna google chrome, anda boleh mencuba search menggunakan google :)

ade video tak? mana tau..ko menipu jee...





--------------------------------------------------------------------------------------
- mudah bukan. itu belum masuk phising mahupun segala kemampuan lain
- info : blogger.com masih menggunakan http connection...it's sigh... 
Berita Menarik : firesheep mampu ditentang oleh add-on firefox ini ( BlackSheep ) *
---------------------------------------------------------------------------------------

*sila baca requirement terlebih dahulu, requirement di bahagian paling bawah sekali :)

1 comment:

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)