Wednesday, April 6, 2011

kenali sardu

SARDU atau nama penuhnya Shardaba Antivirus Rescue Disk Utility adalah satu software open source yang digunakan untuk membuat multi booting menu. applikasi ini menggunakan CD/DVD drive ataupun USB berformat FAT32 untuk dijadikan medium booting. menggunakan ISO yang disenaraikan/disupport oleh SARDU ini, menyebabkan ianya menjadi program terbaik untuk dibuat multi booting menu. perkara yang paling baik sekali untuk didengari ialah applikasi ini adalah percuma. dan didalam masa yang sama, tidak limited.

Untuk mendapatkan booting, anda perlu mendownload seberapa ISO yang mungkin anda berminat untuk digunakan. sekiranya ISO ini tidak disokong oleh applikasi ini, anda perlu menggunakan cara editing command yang agak sukar sekiranya anda kurang mahir system booting syslinux. akan tetapi, ianya menjadi amat mudah sekiranya anda menggunakan ISO-ISO yang disupport oleh SARDU ini.

perkara utama yang anda perlu adalah ialah ISO file yang disupport oleh SARDU ini, dan sekiranya anda ingin membuat booting menu daripada thumdrive, anda memerlukan flash drive yang berformat FAT32 dalam sebarang kapasiti. tidak kisah besar ataupun kecil. anda perlu memastikan juga, saiz ISO yang anda ingin masukkan kedalam thumdrive bersesuaian dengan kapasiti thumdrive anda.
untuk mengetahui cara-cara menggunakannya dengan lebih lanjut, anda boleh melayari website ini untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenainya. insyaallah, dalam post berikutnya, saya akan tunjukkan cara untuk convert external hard dics supaya mempunyai FAT32 partition yang dimana secara asalnya, external hard dics tidak boleh diformat FAT32 oleh applikasi windows. nantikan mega trick tersebut :)

1 comment:

  1. Hirens 2018 New Generation Support HDD GPT + UEFI-CSM READY!
    cobain open source project rancangan ane gan >

    IT Tools Pack Solution

    (Tersedia Acronis 2018 + Norton Ghost + Minitool Partition Wizard Technician 9.1 + DLL)

    #SalamSatuTeknologi

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)