Thursday, April 14, 2011

Adakah Usia menjadi pengukur kepada kematangan?

i'm taking a very deep deep breath.. okey, i'm try to say the best. what do it wanna to share, and what do i wanna to know and ask from you all outside there. topic is "adakah usia menjadi pengukur kepada kematangan"

ada yang memberitahu kepada aku, kita sudah umur 20 tahun, kita sudah matang didalam berfikir dan menentukan jalan yang terbaik, bagi aku, umur bukanlah satu yang boleh menjadi faktor utama dalam kematangan. kenapa aku cakap macam tue, berikut aku sedia beberapa pendapat daripada aku.

1. yang menentukan kematangan seseorang itu ialah pengalaman. dengan adanya pengalaman yang cukup, insyallah dia akan menjadi lebih matang. dengan kegagalan yang dia hadapi, akan berterusan mendidik dan mengajar dia agar tidak mengulangi kesilapan sama, IF, dia tetap mengulangi kesilapan sama, maka dia tidak melihatkan kematangannya disitu, kenapa? kita diajar agar jangan mudah mengalah dan jangan mudah menyerah membuta. kita harus berusaha terlebih dahulu, kemudian menanti resultnya. dan sekiranya kita duduk menanti, kita tidak akan beroleh resultnya bahkan kita akan ketinggalan dan terkebelakang. orang yang berpengalaman dalam sesuatu aspek. insyallah dia akan menunjukkan kematangan dalam mengendalikan sesuatu masalah.

2. umur yang meningkat hanya membantu kepada pemikiran logik, bukannya matang sepenuhnya. logik yang saya maksudkan ialah rasional serta bertepatan dengan norma-norma jati diri seseorang itu. dan sekiranya dia seorang yang tidak mempunyai pemikiran yang rasional. sudah pasti dia tidak matang. orang yang matang mampu mengawal masalah yang dia tanggung selagi masalah tersebut tidak melepasi tahap matang dia. jika dia mempunyai tahap rasional yang tinggi, seterusnya membawa dia kepada tahap kematangan yang tinggi dan membantu dia didalam beberapa aspek yang dia kuasai. umur yang makin meningkat menandakan pengalaman makin bertambah, dan semestinya, didalam pengalaman yang ditimba, pasti ada duka,sengsaranya, dan duka sengsara ini lah yang akan menjadi persoalan bagi dia sebelum bertindak.

3. mampu memberikan pendapat yang bernas didalam masa yang sama berguna. jika hanya tahu berkata, akan tetapi tidak faham sebalik dan kesan daripada kata-katanya, jika makin berpengalaman, insyallah, dia akan memberikan pendapat yang kena dan bersesuaian dengan keadaan. kerana apa, sebab dia pernah melaluinya, dan semestinya dia akan membantu dan berusaha supaya perkara yang sama berlaku kepada dia tidak berulang, dan jika dia membiarkan ianya berulang kembali, mungkin-mungkin adanya faktor perubahan sekeliling.

Usahlah kita mengangap makin tua makin matang, kadang kala, yang muda ini mungkin ada kematangan nya tersendiri, kita tidak boleh judge dengan mudah tahap matang seseorang, terutama sekali yang mempunyai perangai yang berbeza serta tidak konsistant. jika kita lihat dan perhati secara menyeluruh, mereka yang matang, tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang banyak kali. kesilapan mungkin ada yang mereka lakukan, akan tetapi, bukannya yang bertindan.

6 comments:

  1. setuju!!!!saya yang dh 19 ni pun xrase mcm 19 kot.nk kate matang lagi la x.hampeh je..heheheh

    ReplyDelete
  2. oooo...tp maybe dlm kumaululus ade nampak matang sket dlm solve question.

    ReplyDelete
  3. umur cuma angka.. kematangan adalah bergantung dr cara pemikiran & membuat keputusan.

    ReplyDelete
  4. age is just a matter of number eddy..matang tu adalah pemikiran org tuh..pengalaman yg mematangkan seseorang tu sbb tak semua org lalui benda yg sama.. ada je org yg umur dah besar tapi permikiran diorang tak besar mana..

    ReplyDelete
  5. pengalaman lebih berharga drpd umur. Ada je yg tua..tapi still pemikiran mcm budak2.. umur tu angka je kan... :)

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)