Wednesday, March 23, 2011

Pentingnya Maintenance Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini eddytech akan berkongsikan kepada anda satu info dan tips yang mungkin amat-amat berguna untuk anda semua, sepertimana yang anda semua tahu, temperature laptop yang panas merupakan salah satu daripada punca-punca kerosakkan komputer yang boleh menyebabkan kos pembaik-pulih yang tinggi, overheating adalah satu daripada perkara yang perlu dielakkan didalam penggunaan sesebuah alat elektronik terutama sekali perkakas-perkasas elektronik yang menggunakan amount of processing yang tinggi. satu tips yang saya alu-alu kan anda semua lakukan ialah maintenance hardware. selalunya jarang diambil kisah oleh para-para pengguna laptop. oleh kerana laptop yang secara faktanya sukar untuk dibuka begitu sahaja.ini menyebabkan mereka membiarkan sahaja hardware-hardware laptop tanpa penjagaan(maintenance). ini adalah satu langkah pembiaran terhadap laptop anda, sekiranya anda sayangkan laptop anda, adalah digalakkan untuk menjalani proses maintenance sekiranya laptop anda berusia lebih daripada 1 tahun setengah ataupun anda kerap menggunakan laptop dikawasan-kawasan yang berhabuk. ini kerana, pengaliran udara didalam laptop adalah jauh lebih "kurang" berbanding dengan pengaliran udara didalam sebuah personal computer.
Kipas laptop Compaq CQ-45 selepas dibersihkan
sepertimana kerosakan-kerosakkan komputer yang saya temui sebelum ini, kebanyakkannya berpunca daripada masalah overheating. perlu diingatkan, CPU laptop mempunyai nilai TDP yang rendah. ini kerana, biarpun julat tenaga yang digunakan laptop rendah. itu belum bermakna anda akan menhadapi masalah suhu yang panas. Punca utama masalah overheating adalah daripada habuk yang terkumpul dibahagian exhause laptop anda. masalah ini menjadi semakin meruncing sekiranya laptop anda dikuasakan dengan graphic card. graphic card AMD/ATI 4-series mempunyai nilai minimum temperature serendah 70oC. belum dicampur dengan suhu/bahang panas daripada chipset mahupun CPU ataupun MOSFET. graphic card dan CPU adalah perkakas yang paling cepat dalam meningkatkan suhu didalam computer anda. dan ini menjadi tanggungjawab bagi anda sekiranya anda inginkan laptop anda tahan lebih lama.
kebiasaanya bahagian yang berwarna gelap tersebut selalunya terperangkap habuk
seperti yang anda tahu, IC CPU/GPU dibuat/dihasilkan daripada superconductor. secara fizik. bahan superconductor mampu berada didalam keadaan 0 rintangan sekiranya ianya mencapai julat suhu yang ditetapkan, kebiasannya dibawah takat beku. lebih sejuk laptop anda, maka menjadikan laptop anda lebih tahan lama dan didalam masa yang sama, menyebabkan anda menjadi lebih selesa menggunakan laptop anda.
papan panel atas CQ-45 yang menyerupai CQ series yang lain

untuk membuktikan betapa pentingnya maintenance hardware perlu dilakukan, eddytech akan berkongsi kepada anda snap-shot laptop CQ45 yang dikuasakan oleh CPU Intel Core 2 Duo dan didalam masa yang sama, laptop ini tidak mempunyai graphic card. sepertimana series bedah-membedah laptop sebelum ini, kebanyakkan daripada laptop-laptop yang digunakan menggunakan processor AMD. dan secara faktanya, CPU AMD yang lepas mempunyai nilai "working" temperature yang tinggi. kali ini, eddytech dibekalkan dengan sebuah laptop CQ-45 yang akan digunakan untuk membuktikan kepentingan anda memastikan keadaan air-flow didalam laptop anda berada didalam keadaan optimum.
Spesifikasi Chipset. tidak menggunakan GPU.

Sebelum cleaning
ketika proses test dilakukan, didapati temperature CPU melonjak dengan pantas ke 80oC. bunyi yang dihasilkan oleh kipas sangat kuat menandakan kipas sedang bekerja ditahap maximum. selain itu juga, didapati air blow yang dihasilkan oleh kipas tersebut macam tidak mahu keluar daripada laptop tersebut. ini menandakan exhause laptop ini telah disumbat parok habuk. pada mulanya keyboard dan back panel laptop still terasa bayu dingin. selepas beberapa minit sahaja. keyboard mula berasa panas dan back panel mula mengigil-gigil terasa bahang.
Starting temperature yang nampak cool
Highest temperature reading. 90oC
Jangka masa untuk cool yang lama

Selepas Cleaning
selepas proses cleaning dilakukan. barulah terasa seperti menggunakan sebuah laptop. keyboard menjadi lebih selesa untuk ditaip-taip dan of-course, amat selesa sekiranya untuk didukung diriba.
Starting temperature reading
Highest temperature reading

Time taken untuk cooling down to lowest possible temperature
diharapkan bagi mereka yang mungkin menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama dan juga menggunakan dikawasan yang mungkin berhabuk seperti hotel asrama supaya memastikan anda menjaga ketepuan habuk yang mungkin berada dibahagian heat sink laptop anda. sekiranya anda sayangkan laptop anda, pastikan laptop anda bekerja didalam lowest possible temperature. dan of-course, kepada mereka yang mempunyai laptop-laptop yang ada graphic card supaya mendownload gadget-gadget pembaca temperature GPU bagi memastikan tahap kepanasan didalam laptop berada didalam keadaan yang acceptable. cara anda menjaga/menggunakan laptop anda mencerminkan tahap kesayangan anda terhadap benda yang mungkin bernilai. unless anda mempunyai kedudukan ekonomi yang teguh :).

2 comments:

  1. can you help me clean up my laptop??dah panas and berhabuk sgt gamaknye..huhu :(

    ReplyDelete
  2. nup problem...myra bagi je laptop kat eddy..nanti i solve it..

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)