Sunday, December 19, 2010

Sekiranya Allah Itu Belas Kasihan Terhadap Makhluknya

Sekiranya Allah belas kasihan terhadap makhluknya,
mengapa Allah menciptakan neraka?
mengapa Allah tidak menciptakan syurga sahaja?
bukankah itu sebagai tanda Allah belas kasihan terhadap makhluknya?

Seorang manusia boleh berkata
"sekiranya tuhan tidak menciptakan neraka, 
saya akan menjadi orang paling terkaya didunia dengan apa jua cara
saya boleh membunuh orang lain dan mengambil harta mereka,
saya juga boleh merompak sesuka hati, mahupun
merogol mana-mana perempuan cantik yang saya lihat
tambahan pula, menjadi seorang yang jahat adalah lebih seronok
daripada menjadi seorang yang baik."

perkara sebegini akan terjadi sekiranya tuhan menciptakan syurga sahaja
orang jahat mahupun orang baik tetap akan masuk ke syurga
justeru itu, apakah sebab utama untuk menjadi orang yang baik
dan seluruh manusia didunia ini tidak perlu diuji oleh tuhan lagi
semua orang akan melepasi ujian yang diberikan oleh tuhan 

seorang pembunuh boleh berjumpa dengan orang yang dibunuh didalam syurga
seorang perogol boleh merogol orang yang dirogol didalam syurga
semua orang bebas berbuat apa
tiada seorang pun yang akan mendapat pembalasan atas apa yang mereka lakukan
perhatikanlah, dimanakah letaknya belas kasihan Allah terhadap makhluk-makhluknya

lihat..dengar..rasailah alam sekitar kamu
lihatlah siapa yang menciptakan alam sekeliling kita ini
dan sebab utama dan yang paling penting
semua orang akan mati
dan apa yang akan berlaku berikutnya
tiada siapa yang mengetahui

dan bagi kamu yang mempercayai akan Allah
semestinya kamu tahu bahawa kamu akan dikembalikan kepadanya
dan kamu akan ditanya setiap apa yang kamu lakukan
diatas dunia ini





1 comment:

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)