Thursday, February 2, 2012

Perlukah safely removed hardware untuk unplug portable storage

Anda semestinya pernah menggunakan flashdrive ataupun external hard disk, Jadi sudah semestinya, anda akan plug-in dan plug-out portable storage anda tadi.

Kali ini, saya akan terangkan kepada anda, pentingkah kita harus safely remove hardware ataupun just unplug tanpa safely removed hardware?

Sebelum menerangkan perlu atau pun tidak untuk safely removed hardware, saya jelaskan dulu, apa kegunaan safely removed hardware ini.

Kegunaan safely removed hardware ini ialah untuk flash out data-data sementara (buffer) dan didalam masa yang sama, Mengelakkan daripada data anda corrupt.

Berbalik kepada tajuk diatas, Jawapan paling mudah sekali ialah, Seboleh-bolehnya anda eject atau safely removed hardware anda terlebih dahulu sebelum plug-out.

Sekiranya anda yakin tiada berlaku apa-apa data transfer keluar atau masuk, (dimana anda boleh lihat pada activity lamp yang ada pada kebanyakkan flashdrive), anda boleh unplug tanpa perlunya safely removed hardware ini. Ini kerana, kebanyakkan flash drive yang diplug kedalam windows based OS dilayan tanpa Write Cache.
Windows threat flashdrive anda dengan Quick Removal Policy

Seperti mana anda lihat pada image diatas, Kebanyakkan flashdrive boleh diunplug(eject) tanpa perlu safely removed hardware. Dengan syarat, anda pasti tiada data transfer yang berlaku seperti copying or else.


2 comments:

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)