Saturday, November 26, 2011

Secure Wifi Anda 2nd Edition

Sebelum Ini, Eddytech pernah release satu artikel tah hape-hape berkenaan menjaga keselamatan wifi anda daripada diceroboh. Kali ini, eddytech bersedia untuk berkongsi dengan anda, tips-tips untuk melindungi WIFI anda daripada diceroboh dengan lebih mudah difahami.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca eddytech, WEP (salah satu technology term yang digunakan untuk melindungi WIFI daripada diceroboh) sudah tamat penggunaannya, Sekiranya anda ditawarkan dengan router mahupun modem router yang menggunakan sekuriti WEP, adalah lebih bijak untuk anda menolak pemberian tersebut, *kecuali sekiranya free dan anda rasakan tidak menyemak dirumah anda.

Bagi melindungi WIFI anda daripada diceroboh, anda perlu mendapatkan router/modem router yang menggunakan teknologi sekuriti WPA2. Anda boleh dapatkan router yang mempunyai teknologi sekuriti WPA2 semurah RM39*.

Perkara kedua yang anda perlu ketahui didalam melindungi WIFI anda ialah sistem ataupun cara bagaimana untuk anda menetapkan kata laluan(password) bagi melindungi WIFI anda. Berikut adalah beberapa info penting yang mungkin anda boleh gunakan bagi melindungi bandwidth yang amat berharga bagi anda.

1) Pastikan password anda melebihi 6 aksara(character).

2) Pastikan anda menggunakan password yang boleh dijumpai di dalam kamus. *kerana hacker boleh menggunakan dictionary brutal force attack.

3) Elakkan daripada menggunakan password yang terdiri daripada nombor sahaja.

4) Elakkan daripada menggunakan huruf kecil secara keseluruhan ataupun huruf besar secara keseluruhan, *huruf a adalah bebeza codenya didalam komputer dengan huruf A.

5) Elakkan daripada menggunakan password yang mempunyai info personal diri anda,

6) Sekiranya anda tidak keberatan, pastikan password anda mengandungi simbol seperti # ataupun % dan sebagainya, untuk mengelakkan daripada terlupa, tulis password anda diatas kertas, dan tampal di router/modem router anda

berikut adalah beberapa tips dan trick yang mungkin anda boleh gunakan bagi melindungi WIFI anda. :)

Fakta dibawah ini menunjukkan sekuriti WPA masih mampu dihack, Akan tetapi,ianya mampu dibendung sekiranya anda menggunakan tips-tips diatas. *Di Hack menggunakan kemampuan supercomputer mahupun dual AMD HD6990.

Anggaran 1 Million Password per Second Password 1 hingga 4 Aksara(character) Password 1 hingga 6 Aksara(character) Password 1 hingga 8 Aksara(character) Password 1 hingga 12 Aksara(character)
Nombor sahaja Serta merta Serta merta 2 Minit 12.75 Hari
Abjad Huruf kecil Serta merta 5 Minit 2.5 Hari 3147 Tahun
Abjad + Nombor termasuk huruf besar Serta merta 16 Jam 7 Tahun 103981988 Tahun
Abjad + Nombor + Simbol 2 Minit 9 Hari 231 Tahun *Terlalu panjang untuk ditulis


Eddytech03 
[ Knowledge Is Power To Everythings ] 
Feels free to share the knowledge.

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)