Friday, November 4, 2011

Penganti Internet Download Manager (IDM)

Seperti mana yang anda semua sedia maklum, IDM merupakan salah satu Downloader Manager yang paling terkenal sekali dimalaysia ini. Akan tetapi, IDM mempunyai satu kelemahan yang ketara. Ianya berbayar dan untuk mengatasi masalah ini, wujudnya Internet Download Manager (IDM) cracked version yang kadang kala, diragui sumber codingnya.

Ini kerana, ke-popularan IDM ini, menarik minat software crackers meng-embed code-code yang mungkin merbahaya kedalam operasi sistem berkomputer anda. Ditambah pula sekiranya Operasi Sistem komputer anda adalah pirated version. sudah pastinya menjadi double vulnerability.

Eddytech bersedia untuk berkongsi dengan anda, dan memberikan cadangan, agar anda tidak terlalu bergantung kepada IDM semata-mata, dan mencuba beberapa Download Manager yang lain, yang lebih bersifat terbuka dan selamat serta percuma. Sekali lagi, ianya hanyalah cadangan kepada anda, dan sekiranya anda berminat, anda digalakkan untuk meneruskan pembacaan tutorial ini.

Tutorial ini hanya untuk pengguna Firefox. bagi pengguna google chrome, insyallah, saya akan produce next tutorial.

Pertama sekali anda perlu mendownload sebuah Download Manager kesukaan anda. Saya sertakan link dibawah. Kesemuanya Percuma.

Orbit Downloader
Bit Comet
Download Accelerator Plus
Flash Get
Free Download Manager
JDownloader
TrueDownloader
WellGet
wxDFast

Download dan install terlebih dahulu download manager. anda boleh google dan mencuba download manager yang lain yang mungkin anda minati.

Setelah anda menginstall download manager, anda perlu menginstall FlashGot extension kedalam Mozilla Firefox anda. Klik Sini Untuk menginstall FlashGot.
installing FlashGot ke Mozilla Firefox anda

Setelah selesai menginstall FlashGot, restart browser anda, anda telah berjaya menginstall FlashGot, kini, tiba masanya untuk Setting-up FlashGot anda.

Klik new tab pada browser anda, dan right click pada bahagian tengah browser, anda akan dapati, Option FlashGot akan muncul, pilih option FlashGot Option, dan kemudian pilih option More Options...
setting flashgot

Kekotak Setting FlashGot akan muncul, di bahagian tab General, Pilih Download Manager yang anda install-kan kedalam komputer anda tadi, Sekiranya anda mempunyai banyak Download Manager, Anda boleh pilih salah satu daripadanya. Sebagai contoh seperti gambar dibawah, saya menggunakan Orbit Downloader.
tab general, dimana segala download akan
diserahkan ke Download Manager yang dipilih

Kemudian klik Tab FlashGot Media, dan setkan Download Manager yang akan digunakan untuk download Media File yang akan dicapture oleh FlashGot. Sebagai contoh, Saya memilih Orbit Download untuk menguruskan Downloading Flash Media daripada browser saya. Kemudian klik button OK.
tab flashgot media, dimana segala media yang boleh dibaca dan didownload
oleh flashgot akan dihantar ke Download Manager yang dipilih

Anda telah berjaya memasukkan Download Manager anda kedalam FlashGot, sekarang, saya akan memberikan sedikit trick dan tutorial, bagaimana caranya untuk mendownload video daripada youtube or website-website yang sewaktu dengannya.

Untuk mendownload video daripada mana-mana website (few web tidak boleh), anda hanya perlu right click dan lihat Option FlashGot Media, Sekiranya terdapat nombor didalam bracket (-nombor-), itu menandakan ada video yang anda boleh download. klik Option tersebut, dan download video yang anda inginkan.
Right click dibahagian yang kosong, kemudian klik option flashgot media,
setelah anda klik option flashgot media, kekotak starting download akan muncul
*bergantung kepada jenis download manager anda. contoh diatas ialah download manager Orbit
Download video/files/document/data yang anda ingin download.

Selamat mencuba dan men-Explorer.






6 comments:

  1. terima kasih,terima kasih. takpe,. nasihat awk & teguran tu sgt bernas. hee :) terima kasih awak. eh, tuan guru nik aziz tu idola saya, mana boleh saya kata dia yang buruk2?? saya sgt kagum dengan dia. adoyaii, memang entry tu blh jadi isu la. okey , better sy remove. oh, entry yg pasal murtad tu sy deliver kwn punya post je. ya Allah, ape nieee?? hurm. memang saya salah menulis kot. atau memang salah saya. apa2 pendapat nak kasi, tegurlah lagi, saya sedia terima teguran ^_^

    ReplyDelete
  2. eh, maaf menyibuk-menyibuk kat sini, , nampak macam awak ni hebat IT. boleh saya tau macam mana nak install windows, nak format balik laptop dgn sendirinya?? terima kasih ^^

    ReplyDelete
  3. aku rasa semua ni bagus, tapi cuma x boleh grab dari chrome je la. ko cuba cari solution & post secepat mungkin.hehe
    aku suka pkai cometbird, bole grab apa saja media file tanpa idm nih.

    ReplyDelete
  4. orbit plig best sbb ad versi bahasa melayu/indon

    ReplyDelete
  5. @srikandi. hah, sendirinya?? saya unsure pulak pasal tue, nanti sy google lagi.

    @gehgel.. aku dah cari, and no solution untuk google chrome. BTW, aku dpt info google chrome is closed source browser, unlike firefox.

    @anon..saya pun duk guna Orbit downloader. mudah :)

    ReplyDelete
  6. ko tipu-akram ahmar

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)