Thursday, August 11, 2011

Kenape LED kat keyboard ko tue pelik sangat??

hurmp, ini salah satu trick yang mungkin berguna bagi mereka yang gemar online setiap masa, tetapi didalam masa yang sama, tidak sesuai bagi mereka yang bergelar accountant mahupun sedang mengira2.

kali ini, saya akan perkenalkan kepada anda satu software freeware yang boleh membuatkan Incoming dan Outgoing connection internet anda dipaparkan melalui blinking LED di keyboard anda. software ini sangat bermanfaat bagi mereka yang heavy internet usage untuk mengetahui sejauh mana tahap kelajuan dan usage data yang digunakan melalui blinking network activity ini.

penggunaan software ini juga sangat mudah, tidak memerlukan usage yang besar bahkan sangat user friendly. nama software ini ialah network light, sebuah software yang dicipta untuk networking guys/gurls. berikut beberape penerangan yang saya boleh berikan untuk anda.

pertama sekali, anda perlu mendownloadnya terlebih dahulu, 74KB sahaja :)

setelah siap mendownload, extract file tersebut menggunakan file extractor seperti 7-zip ataupun winrar. kemudian, klik networkLight.exe tersebut.

Sekarang program tersebut telah running, untuk mengubah setting bagi "mengkelip-kelipkan" LED keyboard anda, anda klik pada show hidden icon di taskbar anda, kemudian right klik pada icon networklight tersebut, dan pilih option Setting.
right click pada icon network light, kemudian pilih settings

setelah itu, kekotak setting akan muncul, dengan hanya klik "check" pada USB keyboard compatibility mode, LED keyboard anda akan berkelip2 mengikut setting yang anda setkan tadi. kemudian klik OK.
setting network light
 **ELAKKAN DARIPADA MEMILIH LED CAPS LOCK**
**nak lagi smart? ubah duration blink duration ke 50**

Kekurangan daripada software ini menyebabkan NumPad dan scroll lock anda tidak boleh digunakan. untuk mematikan software ini, anda perlu klik exit sahaja, Juga boleh digunakan biarpun anda menggunakan broadband :)

0 comments:

Post a Comment

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)