Monday, May 2, 2011

Apakah sebenarnya PING ini

Bunyinya seperti satu perkara aneh. akan tetapi, ping adalah satu komponen utama dalam dunia networking komputer. tapi sebelum anda mengenali PING dengan lebih lanjut, anda perlu mengenali apa itu IP dan ICMP.

Apa Itu IP
IP atau nama penuhnya Internet Protocol. Setiap perkakas elektronik yang mempunyai jaringan network pasti mempunyai IP tersendiri. Untuk mengenal IP lebih mudah, anggap ianya seperti satu postcode rumah anda. tanpa adanya postcode, sudah pasti anda tidak boleh menerima sebarang surat :)

Apa Itu ICMP
ICMP atau nama penuhnya Internet Control Message Protocol. ICMP dicipta untuk menghantar data/message melalui IP network. Dengan menggunakan ICMP, ianya membolehkan kita untuk mengetahui device apakah yang berada didalam jaringan network kita. PING menggunakan ICMP untuk berhubung dengan device lain menggunakan IP network.

Taturcara PING
Dengan menggunakn ping, ianya membenarkan kita untuk pastikan sesuatu device itu boleh dihubungi ataupun tidak, ping ini tadi akan mencari dimana kedudukan device menggunakan IP address itu tadi. selepas ianya menjumpai device itu tadi, device tersebut akan memberi respond "Ye,Saya Disini" kepada ping itu tadi.

Apa nie? Jap,jap... x paham laaa
hurmp... dalam erti kata yang lebih mudah, cuba anda andaikan seperti ini, katakan anda ingin membeli surat khabar di kedai, katakan kedainya 1KM, jadi, anda menaiki motosikal anda menuju ke kedai. Anda memerlukan masa selama 2 minit untuk sampai dikedai tadi, kemudian masa selama 1 minit untuk membeli surat khabar dan selebihnya untuk pulang semula kerumah anda. jadi, jumlah masa perjalanan anda selama 5 minit. Begitulah juga dengan prinsip ping, Satu paket khas dibuat oleh PC anda, dan dihantar keluar ke dunia internet, dan destinasi itu tadi (sama ada server,switch,router) yang dimana ianya akan menerima ICMP packet yang dihantar, seterusnya memproses ICMP packet itu, dan menghantarnya semula kepada anda menggunakan sistem ICMP juga.

semestinya proses ping ini memerlukan masa. jadi, proses ping ini sesuai untuk check sama ada destinasi yang kita ping itu hidup ataupun tidak. PING tidak melajukan network anda. ianya juga digunakan untuk lihat sejauh mana kelajuan insfrastruktur internet di sesebuah negara dan juga mengetahui sejauh mana data anda telah pergi, lagi besar nilai delay, maka lagi perlahan lah sistem network anda.

Macam mana saya boleh mencubanya
klik start menu, dan taip CMD di bahagian search. kemudian taip ping <IP Address Destinasi>  -t
sebagai contoh

ping 192.168.1.1 -t       //Untuk Ping ROUTER anda..

cuba lihat dibahagian time, sekiranya lebih besar daripada 1ms, bermakna router anda sedang berkerja keras untuk sending packet kedalam PC anda. (mungkin anda sedang mendownload)

Example saya ping router saya

untuk stop ping, anda boleh tekan ctrl + c untuk stop. anda boleh ping address website juga seperti didalam post ini.

-------------------------------------------------------------------------------
Tujuan utama saya buat post ini untuk mengubah 
presepsi sesetengah daripada blogger yang mengangap
ping itu adalah seperti PING BLOG.. 
didalam masa yang sama untuk memberitakan kepada mereka,
trick-trick melajukan broadband yang sudah sampai limit
hanyalah satu pembohongan setelah anda mengetahui 
apa sebenarnya kerja dan tujuan PING.
-----------------------------------------------------------------------------------

8 comments:

  1. wah menarik ni..boleh try..=)singgah and follow eddytech..=)

    ReplyDelete
  2. owh welcome.. :)
    tq very much2

    ReplyDelete
  3. trik melajukan broadband tipu ?
    seyes ?
    wuu ~ naseb baek tak pernah buat

    ReplyDelete
  4. sebab setiap ping will send a byte of packet... secara x langsung, itu je dah cukup buat usage broadband naik secara tidak sengaja

    ReplyDelete
  5. aik? ade je tersebut ad-blocker http://eddytech03.blogspot.com/2011/03/block-block-dan-terus-block.html

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)