Wednesday, March 30, 2011

kenali robocopy

robocopy, satu command yang ada didalam CMD untuk copy file dengan lebih advance. command robo copy ini menyerupai command xcopy. akan tetapi, ianya adalah lebih advance untuk anda ketahui. tanpa membuang masa, mari kita kenali lebih lanjut program ini.

berikut adalah argument/taturcara command ini

ROBOCOPY source destination [file] [options]

souce ialah dari mana file-file anda akan dicopy manakala destination ialah kemana file-file anda akan disimpan atau lebih mudah, dipastekan.

file ialah file yang ada ingin pilih. sebagai contoh
*.*
ini bermakna, semua file anda akan dicopykan
*.jpg
ini bermakna, semua file anda yang mempunyai extansion .jpg akan dicopy, file selain daripada extansion .jpg akan dilupakan/tidak diproses
a*.*
ini bermakna, mana-mana file yang bermula dengan huruf a akan dicopy.
awek.jpg ini bermakna, mana-mana file yang mempunyai nama awek dan ber-extansion .jpg akan dicopy.

ROBOCOPY mempunyai banyak option. saya akan terangkan sesetengah daripada option-option yang ada. anda boleh run CMD dan taip ROBOCOPY /? untuk lebih banyak penerangan.
/S
ini untuk keseluruhan data termasuk yang berada didalam folder
/MOV
delete data didalam destinasi selepas copy (FILES SAHAJA)
/MOVE
delete data didalam destinasi selepas copy (DILES dan FOLDER)
/MOT:n
untuk perhatikan/monitor source dan akan melakukan proses meng-copy mengikut masa (n) yang ditetapkan. masa didalam minutes. data akan dicopy sekiranya terdapat perubahan didalam source.
/XF file [file]
untuk tidak mengambil(exclude) file-file yang disetkan, sama ada nama atau seperti contoh ditable diatas.
/XO
untuk copy data-data yang baru. data-data yang lama akan tidak diambil peduli.
/R:n
bilangan percubaan semula sekiranya data tidak berjaya dicopy
/W:n
masa berhenti seketika diatara percubaan retry.

berikut adalah contoh-contoh command

1: ROBOCOPY E: D:\backup *.jpg
2: ROBOCOPY J:\Document C:\Simpan *.docx /S /MOVE /R:2
3: ROBOCOPY G: D:\SEMUA *.* /S /MOVE /MOT:2 /XF *.AVI

Sekiranya anda tidak menjumpai file yang anda set sebagai destination, anda cuba masuk ke folder option dan lihat sekiranya ada file yang anda set terhidden

-------------------------------------------------------------------------------------------
KOMEN,PANDANGAN,KRITIKAN,SOKONGAN daripada anda amat digalakkan
gunakan ruangan comment dibawah untuk sampaikan apa yang hendak disampaikan :)

1 comment:

  1. mak aih..pandainya kamu explain hal nih...hihi saya mmg tak tau apa pun..

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)