Sunday, February 20, 2011

Universal Serial Bus Informasi

Universal Serial Bus ataupun USB menjadi satu interface terpenting buat masa ini bagi addtional extnernal device. USB jugalah yang mencorakkan sistem interface komputer selama lebih daripada 10 tahun!. buat masa ini, USB mengalami 4 kali revolusi utama. bermula pada tahun 1996, USB telah direka oleh sebahagian engineer daripada Intel dan dihasilkan bersama dengan satu kumpulan company daripada Intel,Compaq,NEC,DEC,IBM,Nortel,Microsoft. USB telah mencorakkan satu interface yang lebih universal daripada interface-interface sebelumnya, jika parallel port hanya boleh digunakan untuk printer dan serial port digunakan untuk standard device dan PS/2 port digunakan untuk keyboard dan mouse, kini, semua device-device tersebut hanya bergantung kepada satu interface utama iaitu USB. kelebihan USB ialah ianya membekalkan tenaga elektrik kepada device yang bersambung dengannya. oleh itu, perkakas yang menggunakan elektrik bervoltan rendah mampu dihidupkan dengan hanya menggunakan USB.
 
USB type A
USB 1.0 spesifikasi yang mula diperkenalkan pada tahun 1996, mempunyai kelajuan 12Mbits/s.

USB 1.1 (Dikenali dengan USB low-speed bagi 12Mbit/s dan USB full-speed bagi 48Mbit/s) spesifikasi mula diperkenalkan pada tahun 1998, tiada perubahan speed berlaku, hanya perubahan port supporting.

Keretan Rentas Bagi USB 2.0
USB 2.0 (Dikenali dengan USB hi-speed) spesifikasi mula diperkenalkan pada tahun 2000. mempunyai kelajuan 480Mbit/s. pada waktu ini, berlaku perubahan bentuk USB yang dimana USB mula mempunyai bentuk interface. bentuk interface yang paling terkenal buat masa ini ialah Type-A interface. Type-B interface kebiasaanya digunaakan untuk printer. selain itu juga, terdapat USB Mini dah juga micro. USB mini dan micro ini kebiasaanya digunakan untuk handphone ataupun gadget-gadget. USB mempunyai dua jenis utama. pertama female, kedua male. untuk mengetahui mana female-connector dan mana male-connector, anda boleh melihat interfacenya. sekiranya interfacenya boleh dijolok diplug-in oleh another USB interface, maka interface USB tersebut adalah female. dan sekiranya interface tersebut boleh menjolokplug into another USB interface, maka interface USB tersebut adalah male type. USB extansion cable biasanya dipanggil USB type-a male-female.

Sebelah kiri male type, sebelah kana female type

Keretan rentas USB 3.0
USB 3.0 (Dikenali dengan USB super-speed) spesifikasi mula diperkenalkan pada tahun 2008,mempunyai kelajuan selaju 5Gbit/s. USB 3.0 menggunakan system sambungan yang sangat berbeza dengan previous USB interface. jika sebelum ini USB 1.0 - USB 2.0 hanya menggunakan 4-line connector, USB 3.0 menggunakan 9-line connection berbanding previous USB type. tetapi still menggunakan type-a dan type-b dan lain-lain lagi. USB3.0 kebiasaanya dikenali dengan mempunyai color berwarna biru. oleh itu, sekiranya anda mendapati laptop/pc anda mempunyai connection USB yang berwarna biru, maka USB tersebut adalah USB 3.0. untuk kebaikan anda, saya mencadangkan bagi mereka yang mungkin membaca thread ini supaya membeli perkakas yang menggunakan USB 3.0 untuk future proft. biarpun USB 2.0 still masih bernyawa. tetapi adalah lebih baik sekiranya anda go to USB3.0 interface.

USB extansion dengan booster ditengah2
USB mampu mengawal sehingga 127 device didalam satu-satu masa, maksud disini ialah, dengan hanya single controller, USB mampu mengawal 127 device dengan syarat device tersebut menggunakan electrical sendiri. selain itu juga, untuk pengetahuan anda USB mempunyai voltage setinggi 5 +/- 0.26 volt. dan mampu menyediakan 1000mA of current. USB 1.1 dan kebawah mempunyai sistem bekalan elektrik yang rendah, oleh sebab itu, USB 1.1 lebih perlahan daripada USB 2.0 dan bagi mana-mana high power requirement device yang ingin menggunakan interface USB 1.1 atau kebawah, device tersebut terpaksa menggunakan cable Y yang membantu boosting power output yang diperlukan untuk device tersebut, Selain itu juga, jarak antara device dan interface memainkan peranan. mengikut teori physic, semakin jauh jarak elektrik perlu lalui, maka semakin tinggi rintangan yang elektrik perlu tempuhi. semakin tinggi rintangan elektrik, maka semakin kurang tenaga yang diterima device yang diperlukan. oleh sebab itulah, cable memainkan peranan penting bagi external hard dics anda. anda menggunakan low-quality cable, maka bilangan rintangan semakin tinggi dan seterusnya mengangu performance ext. HDD anda.

USB hub tanpa Additional power adapter
USB hub yang berserta additional power  adapter
bagi mana-mana device yang menggunakan high-power requirement seperti broadband stick contohnya, adalah digalakan untuk diplug direct ke USB port tanpa melalui USB HUB atau USB extansion yang terlalu panjang. USB HUB akan menyebabkan performance semakin lemah dan electrik perlu di-divide untuk keperluan setiap port. digalakan anda plugging device yang memerlukan tenaga rendah seperti low size flash drive, keyboard, mouse ataupun bluetooth dongle. anda boleh mendapatkan USB hub yang dilengkapi ext power source sekiranya anda inginkan drop performance margin yang rendah. Selain itu juga, USB mempunyai fungsi Plug and Play. USB adalah menyerupai concept SATA dan eSATA yang dipanggil hot-swapping. Sekiranya anda plug-in device yang menggunakan interface USB,SATA,eSATA ataupun Firewire. PC anda pada kebiasaanya tidak memerlukan rebooting(restart) untuk running the device. Windows XP service pack 2 adalah windows yang supporting USB 2.0 secara internal come.maknya tidak perlu additional drive install. dan USB 3 disupport sepenuhnya oleh windows 7. Bagi mana-mana PC lama yang tiada USB 3.0, dan anda bercadang untuk mendapatkan USB 3.0 tanpa menukar mainboard, anda boleh lakukannya dengan hanya membeli PCI-e USB3.0 controller card lebih kurang RM50.00+-.

PCI-e USB3.0 controller card
*information, dapatkan chip brand NEC bagi anda yang bercadang untuk membeli USB controller card. NEC adalah antara creator Chip controller untuk USB.

5 comments:

  1. koman2 pun leave laa a comment plz...

    ReplyDelete
  2. eddy : assalam, geng!!! ai dah folo blog yu ni...gud info ni, ai laik it...baru ai tau USB tu ni nama sebenarnya!!! koh koh koh

    KIP IN TAC!!!

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1.New Entry "KELAJUAN sebenar !!!"
    2.New Entry "Mak Dara 1st Giveaway (GA)"

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)