Tuesday, February 15, 2011

Mari tukar proxy server anda...(UPDATE!!)

Image Curtesy Tak Suyama
Info kali ini yang saya ingin kongsikan bersama anda ialah berkaitan proxy server. proxy server berada diatara client dan server luar. proxy server ialah satu server yang bertindak sebagai perantara antara client seperti web browser mahupun real server berhubung dengan server diluar. sekiranya client meminta sesuatu yang telah ditetapkan oleh proxy server setting itu tadi, proxy server akan menghantarnya kembali ke client yang meminta. fungsi proxy server ialah untuk menambah kelajuan perhubungan antara internet bagi sesebuah group yang berada didalam lingkungan proxy server. sebagai contoh, proxy server yahoo ataupun MSN, proxy server ini mampu menguruskan beribu client dalam sesuatu masa, sekiranya request client A adalah bersamaan dengan request client C sebagai contoh, proxy server hanya perlu menghantar cache yang diambil daripada website yang dipinta. dan sekiranya perhubungan menlibatkan sesama client, data ataupun request itu tadi hanya dihantar directly diantara client. selain itu, proxy server juga menyimpan cache website-website tertentu yang sekiranya client ingin mengakses website tersebut, proxy server terus menghantarnya kembali ke client. selain itu juga,
fungsi proxy server ialah menapis setiap request yang diminta oleh client. oleh sebab itu, proxy server digunakan didalam company-company ataupun sekolah dan universiti. proxy server ada yang berbayar, ada juga yang free.

proxy server kebiasaanya mempunyai 3 jenis. pertama ialah transparent. proxy server jenis transparent ini adalah lebih laju berbanding dengan proxy server anonymous yang sedikit slow berbanding server transparent. cuma kelebihan proxy anonymous ini ialah, IP sebenar anda dilindung oleh proxy server itu tadi. selain itu juga, terdapat proxy server yang mengabungkan teknologi proxy server anonymous dan proxy server transparent itu tadi,proxy ini dinamakan sebagai elite proxy server.


seperti yang saya terangkan tadi, fungi proxy server ialah menambah kelajuan browsing dan menapis setiap website yang diminta client, bagaimanakah caranya untuk anda melepasi proxy server ini? berikut adalah cara-caranya.





1. masuk ke dalam website ini Sini  untuk mendapatkan list of IP dan port proxy yang ada, Sekiranya anda sedang mengunakan proxy server yang mungkin menghalang website tersebut, terus skip ke cara dibawah
2. download mozila firefox portable. ataupun gunakan mozila firefox.
3. masuk kedalam option mozila firefox, klik advance, network , "configure how firefox connect to internet" klik setting, klik manual proxy configuration, masukkan no dibawah
4. masukkan no ini dalam part HTTP proxy tersebut
      213.77.18.206
    dan no ini dalam port tersebut
      3128
5. klik ok.
6. cuba ke laman web yang diblock tadi.
7. SEKIRANYA tidak berjaya, anda perlu mencuba mendapatkan IP dan PORT number yang lain, anda boleh dapatkannya dalam laman web yang saya beri tadi.

*anda mesti dapatkan IP proxy tadi beserta dengan port number yang ditetapkan.

UPDATE
* Untuk Memeriksa proxy yang anda dapat tadi berfungsi ataupun tidak, berikut adalah cara-caranya
1. download software ini
2. Masukkan Proxy List yang anda dapatkan tadi.
3. Result akan diberikan didalam file notepad yang anda setkan.

4. Sekiranya anda tidak mahu mendownload, masuk ke laman web ini, dan masukkan proxy list anda tadi.
5. result akan dikeluarkan setelah anda menekan check proxy button.

7 comments:

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)