Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru = Maksiat?

TAHUN baru 2012 bermula ahad ini(esok), Serentak itu perhimpunan untuk menyambut ketibaannya rancak diatur pelbagai pihak. acara yang paling tidak dilupakan di setiap majlis sebegitu ialah pertunjukan hiburan dan pesta-pesta yang menjadi matlamat kebanjiran golongan remaja.


Itulah hakikat yang sangat mendukacitakan kita, Ketika masyarakat dilanda kebimbangan berhubung keruntuhan nilai moral dan peningkatan gejala sosial terutama dikalangan remaja, dimanakah kewajarannya untuk kita terus membiarkan gaya hidup bebas dan terbebas mewarnai masyarakat kita?


Perlu diingat, kebanyakan budaya hidup merosakkan yang menular dikalanga remaja kini berlatarbelakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. kita boleh meninjau budaya-budaya kuning seperti black metal,punk,hip hop,grunge dan sebagainya. kesemuanya tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti minum arak, dadah, pesta muzik dan seks bebas.

Menyambut ketibaan tahun baru dengan perhimpunan yang menyajikan hiburan dan pergaulan bebas bagaikan menyediakan medan terbaik bagi golongan seumpama ini menyempurnakan tabiat buruk mereka. Ia malahan memudahkan budaya buruk itu berjangkit dan merebak kedalam masyarakat.

Berdasar pengalaman lalu, acara sambutan tahun baru banyak mendorong remaja kini hanyut dalam hidupan bebas dan terbabas, keasyikan berhibur dan berfoya melupakan mereka kepada akar umbi sebagai bangsa timur, apatah lagi jika nak dinilai bersandarkan nilai agama Islam.

Kita sebenarnya telah mewarisi budaya hidup cukup murni dan boleh dikatakan sempurna dalam konteks melahirkan insan yang beradab dan berbudi pekerti mulia. malangnya warisan itu dipunahkan oleh kita sendiri dengan membiarkan budaya asing mengusai kehidupan kita.

Sebagai sedia dimaklumi umum, beberapa lokasi di ibu negara seperti Bintang Walk,Dataran Merdeka,KLCC dan Bangsar sering menjadi tumpuan warga kota terutama kalangan anak muda berpesta di setiap perayaan, Namakan saja,sama ada sambutan Hari Kemerdekaan,Hari Krismas, mahupun tahun baru, lokasi-lokasi itu tidak akan ketandusan manusia, ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya ketimuran, malah agama.

Amat mendukacitakan, ianya dipenuhi pasangan remaja dengan lagak bebas dan terpesong. malah ada yang bertindak diluar batasan dengan berpeluk cium tanpa segan silu, saling tak tumpah gelagat remaja barat yang kita lihat menerusi kaca TV, kelakuan sebahagian mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya. mereka langsung tidak menghiraukan pandangan dan sensitiviti orang lain yang turut berada disitu, disko,pub dan bar dipenuhi orang ramai kebanyakan remaja. mereka meminum arak serta membuat aksi yang bertentangan dengan nilai agama dan norma ketimuran. ada remaja yang terpaksa dipapah rakan-rakan dalam keadaan mabuk, termasuk remaja perempuan ynag diusung teman-teman lelaki. tidak sukar kita menelah apa yang berlaku selepas itu,bukan?

Keadaan itu turut mendorong kepada beberapa penyakit sosial lain seperti pemanduan dibawah pengaruh alkohol, pergaduhan, perogolan dan seumpamanya.

Pernah dilaporkan media gelagat sekumpulan remaja skinhead berpesta muzik di khalayak ramai di perkarangan stadium darul makmur, Kuantan suatu ketika dahulu ketika menyambur pesta tahun baru, khususnya mereka yang terdiri daripada anak-anak melayu. mereka yang kebanyakan tidak berbaju dirakamkan sedang meloncat-loncat dan berjoget secara liar disyaki dalam keadaan mabuk

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang terkenal dengan adab dan sopan-santun. sepatutnya dalam bab sebeginilah para pemimpin negara perlu berteriak "ini bukan budaya kita!" betul tak?

Masalahnya perhimpunan seumpama ini tidak pula digema-riuhkan sebagai perhimpunan haram disisi undang-undang negara, dalam beberapa keadaan, ia bukan sahaja dibenarkan kerajaan, malah disediakan lokasi atau tempat paling sesuai untuk keselesaan peserta.

Pihak berkuasa tempatan dan polis bukan sahaja memberikan mereka permit untuk berhimpun, malah segala bentuk kerjasama menjayakannya. media massa turut mengiklankannya bagi menarik kehadiran orang ramai.

Dalam sebilangan acara, ia malah turut dijayakan para pemimpin tertinggi negara dan negeri. kehadiran polis disimpang dan jalan raya menuju ke lokasi majlis itu bukan untuk mengadakan sekatan, tetapi bagi melancarkan perjalanan peserta. apakah sebenarnya motif pihak berkuasa berbuat demikian, tepuk dada, tanya jawapan masing-masing.

Di lokasi perhimpunan pula, kehadiran polis bukan untuk menyuraikan hadirin dengan lontaran bom asap atau pancutan air berasid, tetapi memastikan atur cara dibauri maksiat dan keruntuhan moral itu berjalan dengan lancar.

Itulah gambaran persepsi songsang tentang nilai moral dan akhlak masyarakat kita sekarang, perlu diingat bahawa moral dan akhlak terus menjadi teras bagi tamadun sesuatu bangsa. dalam keadaan begini, apa lagi yang boleh kita banggakan dengan tamadun bangsa kita?

mengambilkira kesan jangka panjang perhimpunan dan pesta seumpama ini kepada keruntuhan moral dan jatidiri rakyat, ia sepatutnya ditegah dan dijauhi. Polis, pihak berkuasa tempatan, jabatan agama sebagai agensi kerajaan sepatutnya berperanan penting dalam membasmi gejala kerosakan ini.

Keruntuhan moral dan kerosakan akhlak ini sebenarnya jauh lebih besar bahayanya daripada kerosakkan harta benda. ia merupakan ancaman paling menakutkan kepada masa depan negara dan sepatutnya dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Mengapa? kerana, majoriti golongan yang dirosakkan oleh perhimpunan hiburan ini ialah remaja. suka atau tidak, perlu diakui bahawa hanya pada mereka kita mampu sandarkan harapan untuk menerajui dan mencorakkan negara dimasa depan.

Baik atau buruk,merekalah pemimpin masa depan. maka jika kita yang bertanggungjawab merosakkan mereka hari ini, jangan salahkan mereka jika disuatu hari nanti negara punah-ranah di tangan mereka.

Menurut ajaran Islam, corak kehidupan rakyat sesebuah negara banyak bergantung kepada cara hidup pemimpinnya. jika pemimpin menyeleweng, merasuah dan menyalah guna kuasa, bagaimana mahu dibentras penyakit itu dalam masyarakat? sama juga jika para pemimpin turut serta menjayakan acara yang mendorong rakyat untuk bebas dan terbabas, sampai bila kita akan dapat mengubati penyakit moral dan gejala sosial mereka?

Sehingga kini telah berbuih teguran ini diperkatakan. Namun ia bagaikan hinggap di telinga yang pekak badak, dasar liberal dalam pemerintahan kini nampaknya masih tidak dapat menerima perkara ini sebagai saham kepada kerosakan masyarakat.

*ditulis semula oleh penulis daripada sumber tertentu dan dipercayai.

2 comments:

  1. JIwa manusia..nak kepada hiburan..tp disalurkan dengan cara yg salah..

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)