Wednesday, August 31, 2011

Beza OEM product dan Retail Product

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai perkakas komputer, sudah semestinya mengenali apa itu OEM produk dan apa itu retail produk. Sekiranya anda tidak mengetahui apa itu OEM produk dan apa itu retail produk, maka info ini mungkin boleh menjadi info berguna untuk anda.

OEM (Original Equipment Manufacture) adalah satu term yang digunakan untuk menyatakan berkenaan sebuah company yang membuat hardware komputer dan dipasarkan oleh sebuah lagi company lain. kebiasaannya, OEM produk dijual dengan tidak mempunyai pakaging dan dokumentasi berkenaan produk tersebut mahupun extra/free software. Didalam masa yang sama, warranty kepada produk yang dijual ini adalah lebih pendek dan singkat daripada biasa.

Bagi retail produk pula, produk tersebut kebiasaannya didatangkan dengan pakaging, user manual, kad pendaftaran produk dan warranty penuh. Dalam sesetengah keadaan, pembeli akan disertakan dengan software percuma. Yang penting, retail produk adalah lebih asli kerana ianya dihasilkan daripada company utama itu sendiri.
Beza diantara retail produk dengan OEM produk juga ialah ada sesetengah produk yang sepatutnya disekalikan dengan produk utama tidak disertakan didalam OEM produk. Sebagai contoh, sebuah retail CPU akan disertakan dengan heat sink dan juga kipas yang dimana bagi produk OEM pula, hanya CPU sahaja yang dibekalkan. begitu juga dengan retail hard drive yang kebiasaanya akan disertakan didalam kotak dan mempunyai cable antaramuka(interface) manakala OEM hard drive kebiasaannya dibalut dengan anti-static bag tanpa sebarang dokumentasi dan juga kable. kebiasaannya OEM hard drive dipanggil "bare drive".

Salah satu faktor yang membezakan antara kedua-dua jenis produk ini ialah kualiti, kebanyakkan produk OEM mempunyai tahap kualiti yang sedikit rendah daripada biasa. oleh sebab itulah produk OEM boleh dijual dengan harga yang murah berbanding retail produk.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan OEM produk, pastikan anda mendapatkan info penuh mengenai produk yang anda akan beli, Elakkan daripada membeli OEM produk yang mempunyai nilai harga yang sam dengan retail dan mungkin lebih teruk, lebih mahal daripada retail produk. Dan sekiranya anda ingin membina sistem komputer yang diguna pakai untuk jangka masa panjang, digalakkan untuk anda supaya mendapatkan retail produk daripada OEM produk.

1 comment:

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)