Saturday, January 28, 2012

Setup ISS dikomputer anda

Tutorial ini khas untuk student-student science computer yang mengambil kursus Web Development.

Berikut adalah caranya untuk setup Internet Informations Service (ISS) dikomputer anda.
[ISS digunakan untuk menjadikan komputer anda sebagai sebuah local server yang dimana anda boleh host website anda menggunakan komputer anda (Local Network Only)]
[ISS diperlukan bagi Web Server yang menggunakan ASP based web server (windows based)]

BAGI MEREKA YANG TELAH MENGINSTALL ISS DIDALAM KOMPUTER ANDA, ANDA BOLEH SKIP KE LANGKAH KE 3.

Langkah 1 :
Buka Control Panel, kemudian pilih option Programs, Kemudian klik "turn windows feature on or off"

Start Menu > Control panel

Install ISS (SEKIRANYA TIDAK DI INSTALL LAGI)

Langkah 2 :
Tick pada Internet Information Services dan juga Internet Information Services Hostable Web Core. Kemudian klik OK. tunggu sehingga process installing siap (lebih kurang 2~3 minit *)
ISS diberi sebahagian daripada package windows

Setting up

Langkah 3 :
Setelah kekotak dialog Installing hilang, taip internet di search bar start menu, kemudian pilih Option Internet Information Services (ISS) Manager
mencari ISS dengan mudah

Langkah 4 :
pastikan butang start berada didalam keadaan unclickable

Berjaya
Pastikan ISS anda telah start, Kemudian buka web browser anda, dan taip 127.0.0.1. Sekiranya muncul Welcome screen ISS, anda telah berjaya menginstallnya.


* Bergantung kepada kelajuan komputer anda

- Sekiranya anda sedang menggunakan Apache, berkemungkinan akan berlaku konflik, pastikan Apache di berhentikan terlebih dahulu sebelum menggunakan ISS. Kedua-dua applikasi ini jauh berbeza biarpun penggunaannya adalah sama.

- Sekiranya anda ingin menggunakan Apache Web Server, Anda hanya perlu klik Stop pada ISS Manager anda, dan running kembali Apache Web Server anda tanpa perlu menginstall ISS or vice versa.

- Klik sini untuk setting up XAMPP bagi mereka yang mengambil subjek System Informations

3 comments:

  1. thank you very much...... dah berjaya... =)

    ReplyDelete
  2. kegunaan file "setup.iss" itu apa ya? apakah itu sebuah virus, mohon penjelasan, terimakasih

    ReplyDelete

Eddytech menggunakan sistem comment yang tidak memerlukan anda untuk memasukkan "captcha" bagi memudahkan eddytech untuk mendapat feedback daripada anda :)